Sunday, February 13, 2011

Asrama punya cerita..…

Kringgg………………..kringgggg…………….. tejaga la aku dri tidurku….arghhh!! susahnyer nok bukok mato aku…walaupon gituh, aku gagahi diri aku untuk mandi dan membuat persiapan untuk ke surau sekolah, sebelum tu aku mestila kejutkan anak2 aku dari tidonya, ada yg sudah biasa, ada ramai yg sgt liat untuk bgun seawal itu, maklumla budop2 lagi..dari darjah 3 sampai 6. Yg liat tu terpaksala aku kejutkan mereka dengan agok taboh..eeee…gere sero ati aku…tapi apakan daya, itu la anak2 aku yg tinggal di asrama..mereka yg lelaki aku la kene kejutkan.. ada yang liat sgt tu , tepaksala aku tarik2 slimut then wat muko bekemmm (garang)..maka, fikiran ku melayang jauh lagiiiii~~ tetiba2 terngiang-ngiang suara ustaz manzor (mrsm beseri) di benak fikiranku! Hahahaha!!! Dlu aku la antara yg culas monteng smayang subuh di surau, selalu di bilik, hahaha! Tapi, skrg, tuhan dab alas kat aku atah dunia lagi, skrg aku baru faham betapa sakitnya ati ustaz manzor aku dlu..HAHAHA!!bile da kne atas batang hidung sendiri barula aku rasa apo yg ustaz manzor rs dlu, yang lebih menyentuh hati aku, rupanya rasa saye ko anak murid tu yg membuatkan seseorang warden tu mengejutkan kita dlu2.. sob3…..aku sedikit pon x menyesal jadi warden,malah aku sgt bersyukur sbb aku rs ADLY yg dlu buke lagi ADLY yang sekarang, dirinya sgt berbeza..aku da ada tanggungjawab yang sgt berat yg terpaksa aku galas. Untuk membuktikan jawapan soalan penemuduga aku dlu kepada aku, aku terpaksa tabahkan hati mengharunginya! Jawapan kepada penemuduga?? Soalannya gapo?? Zassss…g lagi ke masa silamku, soalan beliau, knapa kamu nak menjadi seorang guru? Jawapan paling ringkas dan padat, saya igin mendidik anak bangsa saya sendiri. NOKHTAH. Tu je la jawapan aku dan aku terus diam, penemuduga mengerutkan dahinya kerana terlalu syok dgn jawapan aku yang panjangnya, sepanjang itu sahaja! Hahahaha

Berbalik kepada waktu sekarang…hari ini, 10 feb 2011, skali lagi anak aku yg perempuan terkena hysteria… aku skali lgi kelam kabut bersama 2 warden lain, kak ti dan kak ta….katanya budak perempuan itu mengamuk ngamuk di tingkat paling atas bangunan asrama yang tidak pernah digunakan, 2 tingkat paling atas tidak digunakan kerana penghuninya tidak pernah penuh, mlm sebelumnya juga ada budak perempuan yg hysteria.. apakah yg patut aku lakukan, aku hanya mampu berdoa kepada Nya supaya anak2 aku di sini tidak mendapat gangguan daripada jin dan syaitan..aku sendiri juga tinggal di blok perempuan (buat sementara waktu) tingkat paling bawah. Sorang2 tapi ak xde la takut sgt… ni hari ke4 jika aku tido sekejap lagi.. haha..xde pape yg mencurigakan lagi stakat ini. Selepas 2 3 hari lagi aku mengharapkan aku da bleh masuk rumah warden yang ada 3 bilik tuh..haha..yang skrg ni aku hanya berada di bilik tetamu yang sudah teramat selesa!

Perjalanan dari KB-Gua Musang-Kuala Krai

Suatu perjalanan yang agak berlainan daripada biasa kerana aku tidak memahami perasaan yang aku alami bercampur baur, gembira? Sedih? Semuaado! haha. Perjalanan dimana kehidupan aku akan berubah menjadi seorang warga pendidik. Sekali gus aku ke alam pekerjaan. Dalam perjalanan tersebut, aku xabih2 berdoa smoga aku mendapat sekolah yang boleh aku berkhidmat dengan tenang. Maksudnya sebuah sekolah yang mempunyai segala keperluan asas.

Jam 4.30 pagi

Aku bangun dari tidur. Aku terus bersiap2 untuk bertolak pada jam 5 pagi ke gua musang kerana pendaftaran dikatakan pada jam 9.00 pagi. Bare2 aku packing semalam lagi, so beres, kol 5 pagi aku bertolak ke Gua Musang selepas bersalaman ngan kedua ibu bapaku.

Jam 8.00 pagi

Aku sampai di Masjid Gua Musang. Pakai baju untuk ke taklimat penempatan. Hati koho ddebbar tapi aku wat rilek..haha.. sambil debar2 pon aku sempat amik gambar..haha!


Jam 9.30 pagi

Taklimat bermula, fikiran aku melaye, yang aku tau, ak nak tau sekoloh aku jah.. haha.. dahla d meja mesyuarat kat PPD Gua Musang aku duk paling depan, sebelah pengarah PPD gua Muse.. memula aku masuk ke bilik tu aku kkejjut sbb kawe lamo aku ado situ, tujuan sama nga aku, ado 2 ore kawan aku, sore basir, skoloh skali nga aku di SIC, sore lagi aiman, skoloh MRSM beseri..semua yg terlibat dalam taklimat penempatan tu 12 ore, dikhabarkan Guru Besar akan hadir sama dan mengambil kami ke sekolah mereka. Sorg2 GB diperkenalkan, paling aku takuk, ada GB dari S.K Tohoi ! skoloh paling pedalaman, terpaksa masuk dengan hilux.huhu..satu je aku doa, jgnla dapat skoloh tu, tapi kalu dapat aku tetap akan g ke sana sbb aku memang doh redho.hahahaha!! last2, aku dipahamkan ada 8 org di Gua Musang, 3 di Kuala Krai dan sorg di Pasir Mas!! So, gapo lagi, dale ati aku duk doa dapat skoloh paling dekatla ngan koto bharu, hahaha! Setelah pengumuman nama untuk mengambil memopenempatan, hati aku mace lamo doh gugur, last2 dapat jugok surat tuh. Dengan lafaz Bismillah, aku buka..mato aku liar cari daerah mane..last2… KUALA KRAI!!! Alhamdulillah!!! S.K Chenulang.. kawan aku Basir tu yang dapat skoloh S.K Tohoi! J tahniah untuk beliau~ hehe. Skoloh skali aku ada 3 orang, Zatie (sn) n Izyan (b.i)..

GB aku, En. Rosnan Bin Mohamad. Sporting orangnye..walaupon 1st aku tgk beliau agak serius semasa dale bilik mesyuarat tadi, rupanya amat peramah dan senang untuk aku berbual. Banyak nasihak yang diberikan, dan diharap aku dapat berkhidmat dengan baik dibawah pimpinan beliau. Amin.. sekian perjalanan aku ke S.K Chenulang!





Thursday, February 10, 2011

setelah melapor diri ke PPD gua musang..

fuh...
sekian lama
xder line tenet, n line tepon jarang2 ada... (agak tersumbat aku di sini)
syukur sgt sbb aku dapat sekolah dekat Kuala Krai.
S.K Chenulang ku tercinta!
aku dilantik sbgai seorang
warden asrama..so skrg aku byk anak..hampir 100+ anak2 ku...laki n pompuan....minggu ni aku xleh balik sbb aku kne jaga diorg2...so aku lepak sebentar di bandar kuala krai...sambil jalan2 kenal bandar dan nk update blog...aku xsempat nk kongsi gambar2 lagi sbb terlupa bawak...

ku tiada teman kkaccip lagi sbb aku agak baru , so skrg aku kuar sore2...sob2.. sekolah aku ngan bandar just 20km, so xder masalah sgt jika dibandingkan dgn kawan2ku yg berada di sabah dan sarawak... kesimpulannya, aku sudah tersangat
bersyukur!!